Jom jenguk!

Tuesday, September 7, 2010


Assalamualaikum wrt,

Pejam-celik, pejam-celik... tak sampai 2 hari je lagi dah nak Raya Aidilfitri ya... Moga-moga amalan kita sepanjang bulan Ramadhan kali ini diterima-Nya... Aminn..

DatesNsuch di sini ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan (dan yang hampir menjadi pelanggan .. hehe) serta tak lupa kepada pengunjung blog ini. Kami juga ingin menyusun jari, memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan kami sepanjang berurusan dengan anda. Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kami sendiri...

Untuk makluman, sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi DatesNsuch akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. InsyaAllah, adalah saham anda (yang telah membeli dgn kami) di sana... Jika ada yang berminat untuk membeli produk Yusuf Taiyoob selepas bulan Ramadhan, (
terutamanya yang ingin membeli secara borong) sila hubungi kami... kami akan cuba usahakan ;)

Ok, berhati-hati di jalan raya... Jumpa lagi..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment