Jom jenguk!

Monday, November 25, 2013

Cheese Powder

Alhamdulillah,

Produk baru bakal diperkenalkan di blog ini.. 


Stay tuned! :)

Mohd Fairol
012-232 8437

Monday, July 22, 2013

Lelong! Lelong! Stock Clearance!

Assalamualaikum!

Kami nak buat JUALAN PENGHABISAN STOK! 
Kurma yang dilelong ialah KURMA SAFIA BERTANGKAI.


NORMAL PRICE RM14 SEKOTAK

SEKARANG RM11 SAHAJA SEKOTAK!!

TAWARAN BERLANGSUNG SEMENTARA STOK MASIH ADA!
SEGERA DAPATKAN. JANGAN TERLEPAS!!


Hubungi:
Fairol
012-232 8437

Saturday, June 29, 2013

Pitted Prune Yusuf Taiyoob - sesuai sebagai snek sihat

Assalamualaikum..

Selain pelbagai jenis kurma, Yusuf Taiyoob juga menawarkan pitted prune (prune tanpa biji) yang sangat lazat. Kami sendiri sangat sukakannya apatah lagi jika dimakan sejuk-sejuk. Sedar-sedar dah abis sepeket. Hehe..

Jom dapatkannya sebelum kehabisan stok!

Hubungi Fairol di 012-232 8437 untuk tempahan. Terima kasih atas sokongan anda. Kami sangat menghargainya :)

Thursday, June 13, 2013

Stok kurma semakin susut! Cepat buat tempahan!

Bismillahirrahmaanirrahim..

Syukur di atas rezekiNya. DatesNSuch menerima tempahan kurma Yusuf Taiyoob dari serata tanah air. Boleh dikatakan ramai juga customer dari Sabah & Sarawak yang tidak ketinggalan mendapatkan kurma Yusuf Taiyoob daripada DatesNSuch.

Nampaknya semakin dekat Ramadhan, semakin tak menang tangan kami dibuatnya. Kurma pun semakin kehabisan stok di gudang Yusuf Taiyoob. Antaranya Mariami yg sudahpun habis, walaupun Yusuf Taiyoob telah mengambil 2 kontena utk tahun ini!! Oleh itu anda yg ingin mendapatkan kurma Yusuf Taiyoob, jgn berlengah lagi ok. Segera hubungi kami DatesNSuch utk dapatkan kurma secara runcit mahupun borong. Harga pastinya yang terbaik..setanding kualitinya ;)

Walaubagaimanapun kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda yg telah membeli daripada kami. Harap berpuas hati dengan layanan dan servis yg diberikan. Mohon maaf di atas sebarang kekurangan di pihak kami.

P/s: Saksikan aksi si cilik yang bukan main sibuk membantu ayahnya repack kurma untuk customer tersayang.

Fairol
H/p: 012-232 8437

Saturday, May 25, 2013

Baru Restock! Cepat..cepat!!

Bismillaahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah.. Dah beberapa kali restock kurma.. Bagi peminat kurma, jgn lepaskan peluang utk dapatkan kurma Yusuf Taiyoob drp kami!

Bulan Rejab ni elok sangat nak puasa sunat..ibu2 mengandung pun bagus amalkan kurma..ibu menyusu juga x ketinggalan..terlalu banyak khasiat kurma ni.

Cepat hubungi Fairol di nombor 012-232 8437 utk tempahan anda! ;)

Tuesday, April 2, 2013

Khasiat Kurma dan Badam di Sebalik Chocodate!


Assalamualaikum...


Chocodate ni adalah kurma yang berintikan kacang badam dan bersalut coklat. Sedapppp dan berkhasiat!!

Memang sesuai dijadikan kudapan. Apakah khasiat kurma dan badam??



Khasiat Kurma


Sumber: MamaBusyra

Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Mengikut pendapat pakar perubatanbuah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”
Adalah amat baik sekali jika wanita yang hamil mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur’an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Kacang Badam / Almond
Nak tahu salah satu rahsia kebijaksanaan orang Yahudi? Kebanyakkan ibu Yahudi yang mengandung lebih banyak memakan kekacang terutama kacang badam dan kurma dengan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi.
  • Kacang Badam mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi dan mempunyai 20kali lebih protein daripada bijirin yang lain.
  • Badam dapat mengurangkan paras kolestrol, merendahkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.
  • Kacang badam mempunyai kandungan folate yang tinggi. Folate adalah sangat penting bagi ibu mengandung untuk mengelakkan kecacatan pada bayi ketika hamil.


Berminat nak dapatkan Chocodate ni? Untuk order atau nak tau lanjut boleh call/sms:

012-232 8437 (Fairol)

TQ!